Sunday, December 29, 2013

Kaedah penyusuan susu ibu

 
 
 
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah – langkah yang boleh membantu:
 
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda – tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan
Penilaian sama ada bayi menyusu dengan betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

  • Shaklee juga menyediakan set menyusu untuk membantu menambah pengeluaran air susu ibu. Sila pm @ wassup 0168504805 untuk info lanjut.


    No comments:

    Post a Comment